Jan 16, 2012

Guru dan Rapport

"Nama awak siapa?"

"Haikal..." - sengih

"Duduk mana?"

"Taman Samarika.." (sebetulnya Taman Samarinda)

-----------

Itu baru intro. Sebenarnya perbualan tadi agak panjang, namun tak berapa nak diingat sebab ejaannya dah bertukar. Anak kecil ni memang pelat. Tapi, dia tak letih menjawab soalan-soalan saya. Mungkin ya dia tahu dia pelat, tapi dia selamba. Aduhai, keletahnya memang menghiburkan.

Itulah. Rahsia guru-guru di sekolah. Bila datang 'hangin', keletah macam ni la yang jadi penyejuknya. Anak-anak yang sangat suka bicara. Macam-macam perangai :)

Saya garang? (Hihihi) Entahlah, garang kot. Tapi bertempat. Mula-mula serius, lepas tu senyum. Murid-murid ikut tersenyum. Tak sampai hati. Tak best marah-marah. Rasa marah ni memang menuakan, memenatkan, mengeraskan kulit muka dan sebagaimya.

Yang best itu perkongsian, gelak, bahagia, lelucon, gembira dan tenang. Bila bual-bual dengan murid (waima cerita kartun), kami sama-sama rasa santai, rasa terhibur >_<

Melayan.

Mak tak berapa suka sikap saya yang suka sangat melayan budak-budak. Katanya bagi muka, nanti budak tak takut. Hem, tak payahla nak takut, cukup jika dihormati. Bila hormat, kata-kata dan nasihat boleh diterima, difikir dan dirasa. Jika takut, erm..memang apa pon tak boleh.

Rapport

Pembinaan rapport antara guru dan murid amat penting. Hal ini kerana 'rapport' menyatukan dan melaraskan penerimaan antara dua manusia. Rapport yang baik akan menghadiahkan kepercayaan dan memberi seseorang ruang untuk berkongsi. Anda bayangkan sekiranya di rumah, murid menghadapi masalah dengan keluarga, di sekolah pasti dia akan mengharapkan ada telinga yang sudi mendengar luahan hatinya. Sekiranya telah diluahkan dan dikongsi kepahitan di hati, mungkin ini akan mengurangkan beban yang difikir dan dialami.

Hailnya murid akan stabil, dapat lebih fokus dalam kelas dan gembira sebagai kanak-kanak di usianya :)

[note: Gurau-gurau kena berbatas]

Bukan sekadar menjadi mentor yang baik (mendegar, nasihat, tunjuk ajar), tetapi juga menjadi murabbi yang dapat mendidik. Sentuhan seorang murabbi tidak hanya dalam menyampaikan ilmu, tetapi membentuk sikap dan sahsiah diri yang baik, juga mengukuhkan jiwa dan diri seorang murid. Di masa hadapan, murid inilah yang akan terbina jati dirinya, tenang sikapnya, unggul peribadi dan cemerlang dalam hidupnya. Biiznillah.

Kesannya memang besar. Tapi, di awalnya boleh dimulakan dengan pembinaan 'rapport' , iaitu hubungan yang baik, yang menjelmakan keyakinan, keberaniaan dan kesungguhan. Percayalah, walau ianya adalah satu ucapan biasa seperti, "Bagus/Cantiknya/Tahniah/Pandai....", ia akan merubah satu persepsi yang negatif, membina 'self esteem' yang baik dan mampu meledakkan anjakan diri yang positif.

Guru, katakanlah yang baik dan dengarkan lah anak-anak muridmu. Dirimu akan disayangi dan dihormati. Moga semua guru mampu menjadi murabbi yang mithali :)

2 comments:

Abg Azam said...

Salam...

Akhirnya ade post terbaru.

Notasi-notasi seorang pendidik.Terhibur hati waktu membaca. Yakin Along buat yang terbaik untuk menjadi pendidik....

Mentor_ulung said...

Alhamdulillah, walaupun along rasa kerdil dgn diri yg masih baharu, namun azam masih berapi dlm diri :) semoga setahun demi setahun usaha dan impian along akan berterusan dengan jayanya.

hai, patutlah 'tak nampak' abg azam, rupanya shoutbox along yg tak function..hehe. takpleh, sini pon bleh bual,kan?? nway, tq bang. i'l do the best \>_</